Saturday, July 26, 2008

Bahasa Ibunda Atau Bahasa Inggeris?

Di Singapura..penguasaan Bahasa Inggeris amat penting apatah lagi ia adalah bahasa utama dan bahasa rasmi kita.Tidak menjadi kontroversi atau masalah besar jikalau bangsa Melayu mahu menguasai bahasa Inggeris dengan fasih dan sesungguhnya.Namun, siapakah yang akan bertutur dalam Bahasa Ibunda jika orang Melayu semuanya mengejarkan Bahasa Inggeris? Kita sebagai pelapis bangsa Melayu harus mendaulatkan bahasa kita sendiri kerana apabila bahasa Melayu dipinggirkan, kita umpama bangsa yang hilang akar budi dan citra bangsa. Rakyat Melayu di Singapura merupakan bilangan minoriti jadi kita wajib meningkatkan taraf bahasa Ibunda supaya setaraf bahasa-bahasa lain. Lihat sahaja Bahasa Mandarin..Kendati pun bilangan bangsa Cina tempatan menjadi majoriti jelata Singapura.. Ramai di antara mereka gagal memahami dan menguasai Bahasa Mandarin, bertutur pun sukar. Tidakkah ia memalukan? Oleh itu kita perlu melestarikan penggunaan Bahasa Melayu yang baik supaya tidak hilang akar budi dan citra bangsa.

1 comment:

Awang Kata said...

Di Malaysia, bahasa Inggeris wajib dipelajari sejak di persekolahan rendah. Tetapi mungkin sekadar subjek dan tidak lebih daripada itu. Sebab itu kecintaan dan kebanggaan terhadap bahasa Melayu boleh dipersoalkan. Peranan bahasa dalam aspek pembinaan peradaban tidak ditekankan, lalu dengan mudah bahasa lain ambil alih di jiwa rakyat. Bangga bahasa tidak sekadar di mulut.