Saturday, July 26, 2008

Akhir Kata...

Ta'kan Melayu Hilang Di Bumi -Hang Tuah-

Usaha yang dapat melestarikan budaya Melayu.

Pada saya, sebagai seorang remaja.. Satu usaha pendekatan kepada budaya Melayu yang boleh dilakukan ialah melalui muzik dan media massa. Maklumlah remaja hari ini gemarkan muzik dan filem wayang. Antara artis yang membawa lagu contoh ialah Ahli Fiqir. Seni kata lirik lagu: Kita tunduk pabila diketuk. Biarkan terhantuk tak usah dipujuk. Elakan dipatuk ingat pesan atuk Sabar, sabar, sabar, sabar!Tak apa, tak kisah, tak rugi, tak mati, tak ambil peduliBerserah dan pasrah biar dada didabik, adat pasang turun naik. Didera, dijajah terus kita dipenjaraJadi hamba, jadi kuli, jadi batu diam diri. Kita tunggu, kita lihat, kita nanti, kita perhati. Jangan merungut biar bertangguh, diam akur kita mesti patuh. Acuh tak acuh, endah tak endah, buat lawak bodoh selamba. Biar kita melopong, biar kita menganga. Biar mereka buat apa mereka suka, biar saja. Jangan melawan, jangan membantah, janganlah degil kena ikut perintah. Kena banyak diam biar apa orang kata, kita tawa dalam duka. Dan filem seperti Puteri Gunung Ledang.

Mengapa Kita Harus Melestarikan Budaya Melayu?

Kita harus kekalkan budaya Melayu agar ia tidak lekang dek dimakan zaman. Agar kita tidak hilang identiti, jati diri dan asal usul kita. Agar kita dapat harumkan dan majukan ekonomi negara dengan adanya budaya-budaya murni yang kita miliki. Agar kita dapat melahirkan pelapis masyarakat yang dapat menyumbang dan berbakti. Agar kita dapat mengubah keadaan yang berteraskan keadilan, kemakmuran dan keharmonian. Agar kita Menjadi insan yang berguna. Agar kita cintakan alam yang selama ini telah menjadi sumber kehidupan kita. Agar kita senantiasa ingatkan Tuhan yang telah memberi kita kehidupan, kepuasan dan pengajaran.

Agama Islam

Islam melengkapkan diri kita sebagai seorang insan di dunia secara kerohaniannya dan kejasmaniannya. Islam mendidik kita supaya menerapkan ciri-ciri murni dalam diri supaya menjadi insan berguna dan berbakti kepada keluarga, bangsa, masyarakat, negara dan yang penting sekali ingat pada yang Esa. Tanpa ajaran Islam, kita tidak mungkin jadi bangsa Melayu yang maju.

Budaya Yang Sihat.

Sebagai orang Melayu, kita harus memberikan sumbangsih kepada mereka yang memerlukan. Hari ini mungkin hari mereka, esok kalau hari kita siapa yang akan hulurkan bantuan? Tidak mementingkan diri sendiri memang sesuatu yang baik tetapi kita tidak boleh selalu memikirkan hal orang lain hingga mengabaikan kesihatan sendiri. kita patut mengawasi pemakanan dan mengimbangi kegiatan senaman dalam hidup seharian. Budaya amalkan gaya hidup sihat itu penting. Berbudi bahasa ialah satu aspek etika yang perlu kita ada. Berbudi bahasa memberi maksud mengamalkan sifat-sifat murni kemanusian sejagat. Budi bahasa ialah asas kehidupan yang bermaruah dan bertamadun. Jika kita Berbudi bahasa, kita akan dilihat sebagai seseorang insan yang bermoral, bertanggungjawab, berhemah tinggi, bersopan santun dan berpendidikan.

Budaya kita, Identiti Kita.

Budaya membentuk identiti masyarakat Melayu. Dengan itu, ia amat penting untuk kita abadikannya. Di antaranya ialah budaya saling membantu antara siratulrahim, budaya berbudi bahasa, budaya amalkan gaya hidup sihat, budaya agama Islam dan sebagainya. Adanya budaya sebegini..ia secara tidak langsung akan mencerminkan akhlak setiap individual sebagai seseorang yang baik atau sebaliknya. Justeru itu, ia akan menjadi identiti kita sebagai orang Melayu kerana kita mengamalkan budaya yang sama.

Bahasa Ibunda Atau Bahasa Inggeris?

Di Singapura..penguasaan Bahasa Inggeris amat penting apatah lagi ia adalah bahasa utama dan bahasa rasmi kita.Tidak menjadi kontroversi atau masalah besar jikalau bangsa Melayu mahu menguasai bahasa Inggeris dengan fasih dan sesungguhnya.Namun, siapakah yang akan bertutur dalam Bahasa Ibunda jika orang Melayu semuanya mengejarkan Bahasa Inggeris? Kita sebagai pelapis bangsa Melayu harus mendaulatkan bahasa kita sendiri kerana apabila bahasa Melayu dipinggirkan, kita umpama bangsa yang hilang akar budi dan citra bangsa. Rakyat Melayu di Singapura merupakan bilangan minoriti jadi kita wajib meningkatkan taraf bahasa Ibunda supaya setaraf bahasa-bahasa lain. Lihat sahaja Bahasa Mandarin..Kendati pun bilangan bangsa Cina tempatan menjadi majoriti jelata Singapura.. Ramai di antara mereka gagal memahami dan menguasai Bahasa Mandarin, bertutur pun sukar. Tidakkah ia memalukan? Oleh itu kita perlu melestarikan penggunaan Bahasa Melayu yang baik supaya tidak hilang akar budi dan citra bangsa.

Pada Pendapat Saya...

Dari pandangan saya, penakrifan orang Melayu merupakan sesuatu yang bukan mudah. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian daripada negeri Thai dan Filipina. Bukan itu sahaja..Ramai orang asing juga boleh mempelajari lalu bertutur dalam bahasa Melayu. Jadi, adakah mereka pun dikategorikan sebagai "orang Melayu"? Kalau kita kaitkan dengan agama Islam..seseorang yang berketurunan Melayu adalah mereka yang menganut agama Islam. Kenyatan ini juga kurang tepat kerana seseorang itu boleh berbangsa Cina tetapi memeluk agama Islam dan mereka ini selalunya dipanggil 'Cina Islam' dan bukan Melayu Islam.

Siapakah yang dimaksudkan "Melayu"?

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Mentakrifkan Erti Budaya

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha orang Melayu. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting kerana budaya dapat membezakan satu masyarakat dengan yang lain.